Takutlah Pada Allah, Bukan Pada Jin Dan Manusia


Image result for cahaya allah

Wahai diri.. Takutlah pada ALLAH, bukan pada manusia atau jin.. . Takutlah pada kehilangan hidayah ALLAH, Bukan pada kehilangan harta benda dan kecantikan.. . Takutlah pada seksa neraka, bukan pada seksa kerana kemiskinan.. . Wahai diri.. Sedarlah akan asal usul mu.. Sedarlah akan kekerdilan mu Sedarlah kau takkan hidup selamanya.. . Sedarlah kau adalah hamba walaupun kau raja di dunia.. Sedarlah kau sangat lemah dan insan berdosa.. . Sedarlah kau tak akan pernah sempurna.. Sedarlah kau takkan mungkin wujud tanpa-NYA . Wahai diri.. Sentiasalah memohon keampunan dari-NYA . Segeralah bertaubat pada-NYA Ikhlaskan amal mu hanya kerana-NYA . Sentiasalah mencari keredhaan-NYA Ingatlah DIA selalu.. sematkan nama-NYA dihati . Wahai diri.. Ingatlah mati.. yang mungkin besok atau lusa, minggu depan atau minggu seterusnya.. . Ingatlah dalam tanah kau akan tinggal, dalam kubur yang gelap dan sempit kau akan bersemadi seorang diri tanpa teman melainkan amalan soleh mu semasa hidup di dunia.. . dan ingatlah pula akan seksa neraka yang kekal dan tidak akan pernah berakhir.. . "ASTAGHFIRULLAHAL 'ADZIM LAAILLAAHA ILLAA HUWAL HAYYUL QAYYUUMU WA ATUUBU ILAIH" . (aku memohon keampunan kepada ALLAH Yang Maha Agung tiada Tuhan selain DIA Yang Maha Hidup dan memelihara (kehidupan) dan aku bertaubat kepada-NYA) . *Ingatan untuk diriku setulusnya



Sumber : imgrum.org

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Takutlah Pada Allah, Bukan Pada Jin Dan Manusia "

Posting Komentar