Cara Menunaikan Solat Sunat Tarawih Dengan Mudah Secara Bersendirian


Image result for tarawih

Salah satu keistimewaan bulan Ramadan adalah adanya solat sunat Tarawih yang tiada pada bulan lain. Hukum melaksanakannya adalah sunat muakkad iaitu sangat dituntut kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan sepanjang malam Ramadan.

Ia boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. Waktu melaksanakannya ialah selepas solat fardhu Isyak. Bilangan rakaatnya pula antara 8 hingga 20 rakaat.

Bagi mereka yang mempunyai musyaqah/keuzuran untuk melaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau, anda juga boleh melakukannya secara sendiri di rumah. Berikut adalah tatacara mendirikan solat sunat Tarawih 8 rakaat secara sendiri dengan mudah.

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih (Secara Sendiri) – 8 Rakaat

“Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.”
#1 – Solat Pertama

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Takasur

2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Asr

Setelah selesai solat pertama (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang kedua. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#2 – Solat Kedua

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Humazah

2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Fil

Setelah selesai solat kedua (dua rakaat) ini, baca doa berikut;

“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kepada-Mu akan keredhaan-Mu dan kami berlindung engkau Maha Pengampun, Maha Mulia dan suka mengampuni, Yang Maha Pemurah, maka ampunilah aku.”
Selesai berdoa, bangun dan sambung lagi solat Tarawih untuk dua rakaat bagi solat ketiga dan dua rakaat lagi untuk solat yang keempat.

#3 – Solat Ketiga

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Quraisy

2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Ma’un

Setelah selesai solat ketiga (dua rakaat) ini, bangun dan dirikan lagi dua rakaat untuk solat yang keempat. Lafaz niatnya adalah sama seperti di atas.

#4 – Solat Keempat

1. Rakaat Pertama
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah Al-Kafirun

2. Rakaat Kedua
-Baca Al-Fatihah
-Baca Surah An-Nasr

Selesai solat keempat ini, baca doa yang sama seperti di atas. Juga, boleh membaca doa yang lebih panjang. Mohonlah apa jua permintaan dan permohonan kepada Allah SWT. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barakah.

Dalam satu solat, ada dua rakaat dan jumlah solat yang didirikan adalah empat kali. Maka, cukup 8 rakaat. Surah yang perlu dibaca dalam setiap rakaat juga boleh ditukar bergantung pada hafalan masing-masing. (Boleh baca mana-mana surah yang diingati).

Maka, selesailah sudah solat sunat Tarawih 8 rakaat jika dilakukan secara sendirian. Selesai solat Tarawih, dirikan juga solat sunat Witir sebanyak tiga rakaat atau satu rakaat (paling minima).

Ala kulli hal, semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada mereka yang berasakan kepayahan atau terdapat kekangan untuk melaksanakannya. Selamat beramal. Wallahua’lam.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon keredhaan-Mu dan syurga-Mu, dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan seksaan api neraka.”



Sumber : tazkirah.net

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to " Cara Menunaikan Solat Sunat Tarawih Dengan Mudah Secara Bersendirian "

Posting Komentar